LAMAN WEB RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN

"KEKALAHAN BUKAN TRADISI, KEJAYAAN BUKAN DIWARISI"

Navi bar

PIAGAM PELANGGAN


KAMI GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN BERIKRAR DENGAN IZIN ALLAH AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI SEPERTI BERIKUT ;

MURID:
  • MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA MURID MENDAPAT PENDIDIKAN FORMAL PERINGKAT RENDAH SELAMA 6 TAHUN.
  • SEMUA MURID AKAN CUBA DIEKSPLOITASIKAN POTENSI DIRI DALAM PELBAGAI KECERDASAN AGAR DAPAT MENJADI INSAN YANG SEIMBANG DAN MENJADI MODAL INSAN MASA DEPAN.
  • TIADA MURID YANG AKAN TERCICIR KERANA KURANG KEMAMPUAN .
  • SEMUA URUSAN PENDAFTARAN DAN PERTUKARAN MURID AKAN DIURUSKAN DALAM TEMPOH KURANG DARI 3 HARI.
  • SEMUA MURID BERHAK MENDUDUKI SEMUA PEPERIKSAAN AWAM DAN PEPERIKSAAN DALAMAN.

GURU-GURU & KAKITANGAN :
  • SEMUA GURU DAN KAKITANGAN AKAN DIPROSES PERLANTIKAN, PENGESAHAN, PEMBERIAN TARAF PENCEN DAN KENAIKAN PANGKAT MENGIKUT JANGKAMASA YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
  • SEMUA GURU DAN KAKITANGAN BARU AKAN DIPASTIKAN MENDAPAT GAJI 3 BULAN SELEPAS MELAPOR DIRI.
  • SEMUA SURAT SIARAN DARI JABATAN PELAJARAN, KEMENTERIAN PELAJARAN, BADAN-BADAN KERAJAAN SERTA NGO AKAN DIMAKLUMKAN KEPADA GURU-GURU ATAU KAKITANGAN TIDAK LEWAT DARI 2 HARI DARI TARIKH TERIMA.

IBU BAPA :
  • SEMUA ADUAN DARI IBU BAPA AKAN DILAYAN SECARA ADIL DAN MAKLUMBALASNYA AKAN DIBERI TIDAK LEWAT DARI 3 HARI SELEPAS TARIKH ADUAN.
  • MEMAKLUMKAN MAKLUMAT KEBAJIKAN & KES-KES SALAHLAKU ANAK/JAGAAN MELALUI SURAT.
  • KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKAN DISAMPAIKAN UNTUK MAKLUMAN SELEWAT-LEWATNYA 3 MINGGU SELEPAS PEPERIKSAAN.

STAKEHOLDERS:
  • MEMBERI KERJASAMA PENUH KEPADA JABATAN PELAJARAN PERLIS SERTA MEWUJUDKAN HUBUNGAN MESRA DAN HARMONIS.
  • SEMUA ARAHAN DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN JABATAN PELAJARAN PERLIS AKAN DIAMBIL TINDAKAN SEBELUM DAN PADA TARIKH TUTUP YANG DIARAHKAN.
  • Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi, sila berjumpa Guru Besar atau hubungi talian 04-9381991